Kemudahan ruang menunggu di lapangan terbang kini tidak sekadar tersedia untuk penumpang manusia semata tetapi dilihat mula diperluas kepada penumpang haiwan. Ya, benar – tindakan itu kini telah dilaksanakan China pada Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan diwilayah Zhejiang timur China.
Penyediaan kemudahan ruang menunggu khas untuk haiwan peliharaan penumpang ini dilaksanakan berikutan pertumbuhan ekonomi melibatkan penumpang haiwan mula meningkat. Lebih menarik, selain mengutamakan tahap keselesaan ruang menunggu dengan sistem pemantauan pintar bagi mengawal suhu, kelembapan dan kualiti udara. Lapangan terbang tersebut turut menyediakan ruangan berasingan untuk kucing dan anjing.
Tidak hanya ruang menunggu tersebut turut menyediakan sangkar pintar bagi memboleh pemilik haiwan peliharaan berkenaan mengetahui status persekitaran haiwan tersebut. Buat pengetahuan umum, nilai sektor haiwan peliharaan bandar di China kini telah mencapai 300.2 bilion yuan dengan pertambahan populasi lebih 120 juta ekor. Maka dengan adanya perluasan cabang ekonomi tersebut, ini dilihat dapat memberi nilai tambah kepada sektor ekonomi haiwan di China.
Buat pengetahuan, perluasan ini bukanlah kali pertama dilaksanakan, sebelum ini China telahpun menyediakan ruangan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an di wilayah selatan pada 2024.