Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini secara rasminya mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan 4.75 sen seunit untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 2 Wawasan (ASM 2 Wawasan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025.
Dengan makluman notis Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini, ASM 2 Wawasan akan membayar sebanyak RM1.18 bilion – yang mana akan melibatkan manfaat kepada 983,505 pemegang unit dengan pegangan 25.5 bilion unit.

Jumlah agihan ini dilihat kekal sebagaimana rekod sebelum ini. Di mana ia disokong hasil keuntungan modal, pendapatan dividen serta pendapatan-pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

Susulan pengisytiharan tersebut, urus niaga ASM 2 Wawasan di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 30 Ogos sehingga 31 Ogos 2025. Untuk itu, semua pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB, melalui aplikasi mudah alih myASNB atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 1 dan 2 September 2025 ini.