Bermula 1 September sehingga 31 Disember 2025, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memaklumkan penawaran Pakej Pengurangan Fi Cap Dagangan kepada semua permohonan individu, entiti perniagaan, persatuan dan pertubuhan di pasaran Malaysia. Tawaran untuk tempoh 4 bulan ini dilaksanakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.
Melalui pakej ini mengikut laporan, setiap permohonan akan meraih pengurangan RM300 fi permohonan tanda dagang. Ini bermakna pemohon hanya perlu membayar RM650 sahaja berbanding fi asal yang ditetapkan RM950 untuk setiap permohonan tanda dagang.
Usaha ini sekaligus bertujuan menggalakkan pendaftaran harta intelek bagi meningkatkan daya saing di pasaran ekonomi semasa dan melindungi jenama tempatan. Buat pengetahuan umum, bagi mana-mana permohonan yang diluluskan – akan dilindungi selama 10 tahun di bawah perundangan harta intelek.