Artikel

TikTok Shop: Jualan Produk Tempatan Melonjak Lebih 130% Melalui Sokongan #JomLokal

Prestasi jualan produk tempatan kini dilihat semakin membrangsangkan apabila melonjak lebihi 130% pada pemasaran melalui TikTok Shop Malaysia. Pertumbuhan itu antaranya didorong hasil inisiatif #JomLokal yang diperkenalkan sejak 2023 kepada produk tempatan dan pemain perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Komitmen ini jelas TikTok Shop Malaysia, tidak sekadar mengfokuskan kepada perolehan untung semata tetapi bertujuan memperkasakan penyertaan peniaga tempatan dalam arena ekonomi digital serta meningkatkan pengalaman berbelanja bersama pengguna menerusi penawaran pelbagai promosi dan baucar diskaun.

Lebih menarik bersempena sambutan Hari Kebangsaan minggu, pelbagai akses telah ditambahbaik TikTok Shop Malaysia – antaranya memberi pelindungan kepada pengguna melalui Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik Percuma untuk menjamin tahap pengalaman perbelanjaan kekal berkualiti tanpa terjejas dengan sebarang kesulitan.