Artikel

Moomoo Pilih Malaysia Sebagai Lokasi Kedai Konsep Pertama – Di Asia Tenggara

Moomoo Securities kini mengumumkan pembukaan kedai konsep fizikal pertamanya di Malaysia bagi pasaran Asia Tenggara iaitu Moomoo Experience Store.

Pembukaan kedai konsep di KL Eco City ini dijelaskan pada notis media, menyediakan kemudahan seperti stesen dagangan berbilang skrin, demonstrasi langsung antara muka aplikasi, serta sesi konsultasi peribadi bersama pakar kewangan. Langkah strategik ini dilihat dapat mengukuhkan komitmen Moomoo terhadap pasaran Malaysia dengan menyediakan pelabur hubungan nyata kepada platform digital termaju, bersama akses dalam talian yang lebih lancar dengan sokongan secara bersemuka.

Pusat ini juga akan berperanan menjadi hab sokongan menyeluruh, membolehkan pelabur Malaysia memanfaatkan data pasaran masa nyata, analitik bertaraf profesional dan kandungan pendidikan terpilih bagi meningkatkan keyakinan menavigasi pasaran tempatan serta global. 

Dengan perluasan akses sedemikian ini secara langsung akan meningkatkan lagi penyertaan pelabur bersama akses Moomoo. Ketika ini Moomoo secara menyeluruh miliki komuniti lebihi 27 juta pengguna di Amerika Syarikat, Singapura, Australia, New Zealand, Jepun, Kanada, Hong Kong, dan termasuklah di Malaysia.