Mulai 28 Ogos 2025 sehingga 12 Disember 2025 ini – seramai 500,000 pelajar dapat meraih manfaat baucar buku MADANI RM100 menerusi penebusan di portal MySiswaPlace.
Makluman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini menjelaskan, manfaat itu tidak sekadar tersedia buat pelajar universiti awam (UA) semata tetapi turut diperluas kepada institut pengajian tinggi (IPT) di bawah seliaan KPT seperti pelajar politeknik, kolej komuniti dan swasta (IPTS).
Dengan akses tersebut ia tidak sekadar menggalakkan tabiat membaca kalangan pelajar tetapi membantu kumpulan ini menampung kos buku rujukan pada pengajian mereka. Ini senarai ringkas berhubung ini kriteria kelayakan pelajar untuk menebus Baucar Buku MADANI RM100:
- Warganegara Malaysia
- Status pelajar aktif sehingga 30 Jun 2025
- Menuntut di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaan KPT
- Sedang melaksanakan pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa.