Untuk pastikan semua pengguna meraih pengalaman perbankan yang lebih baik – CIMB Bank kini mengumumkan mulai 1 September 2025, pihaknya tidak lagi mengenakan bayaran perkhidmatan untuk transaksi Pembayaran Bil melalui CIMB Clicks dan Aplikasi CIMB OCTO.
Tindakan penghapusan caj bank untuk transaksi pembayaran bil ini menurut notis bertujuan memberi nilai tambah kepada pengguna, susulan sokongan mereka pada penyertaan perkhidmatan kewangan digital bersama CIMB Bank.
Buat pengetahuan umum, ketika ini terdapat pengenaan caj perkhidmatan dikenakan ke atas penyedia bil terpilih. Ini bermakna sebarang pengenaan caj adalah tertakluk kepada pengebil yang terlibat. Di mana pengenaan caj itu akan dipaparkan kepada pengguna sebelum transaksi peembayaran disahkan.
Maka dengan tindakan penghapusan caj tersebut, ini akan memberi manfaat yang lebih baik kepada pengguna di bawah perkhidmatan kewangan digital bersama CIMB Bank