Artikel

Perkhidmatan ETS3 Ke Johor Bahru Dan LRT3, Mula Operasi Disember Ini – MOT

Menjelang akhir tahun ini iaitu Disember 2025, dijangka pengguna Malaysia dapat menikmati akses perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) bagi laluan selatan ke Johor Bahru. 

Pengesahan itu menurut laporan Kementerian Pengangkutan (MOT) berikutan tahap kemajuan projek tersebut kini telah lalui fasa akhir dengan infrastruktur fizikal telah siap sepenuhnya sementara sistem semboyan seperti pembangunan isyarat, peralatan komunikasi dan tahap keselamatan pula diperingkat akhir.

Secara menyeluruh kini perkhidmatan ETS3 ke Segamat telahpun dicapai pada fasa satu, diikuti fasa kedua ke Kluang yang akan bermula pada 30 Ogos ini dan selanjutnya ke Johor Bahru Sentral pada fasa ketiga kelak.

Selain ketersediaan ETS3, MOT turut menjelaskan operasi Transit Aliran Ringan (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya dijangka turut akan mula operasi pada akhir tahun ini. Dengan jaminan pelaksanaan kedua laluan tersebut, ia dilihat tidak sekadar memudahkan perjalanan orang awam tetapi turut membantu negara meningkatkan peluang baharu pada aliran ekonomi di masa hadapan.