Bertepatan dengan pematuhan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memberi peringatan kepada pengurusan kesihatan awam di Malaysia untuk benarkan petugas kesihatan awam yang hamil 22 minggu pulang sejam lebih awal daripada waktu bekerja mereka.
Biarpun menyedari sektor kesihatan berdepan kekangan tenaga kerja namun prosedur yang ditetapkan Persekutuan sewajarnya dituruti bagi memberi kelonggaran kepada kumpulan yang berkaitan. Peringatan ini menurut laporan, tidak sekadar tertakluk kepada jawatan tetap seperti jururawat tetapi turut ke atas pengawai jangka masa pendek iaitu MySTEP.
Untuk makluman umum, mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2017 telah melaraskan penjawat awam wanita yang hamil usia kandungan mencapai 5 bulan ke atas (atau 22 minggu ke atas) dibenarkan untuk pulang satu jam lebih awal dari waktu bekerja semasa mereka. Akses ini telahpun dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018. Dengan adanya pematuhan tersebut, ia tidak meringankan bebanan masa kepada kumpulan pekerja terlibat tetapi secara langsung akan membantu meningkatkan motivasi pekerjaan mereka.