Bersempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia tidak lama lagi, Rapid KL kini tampil dengan pelbagai penawaran menarik antaranya menawarkan harga Pas MyTourist bermula serendah RM15.
Penawaran ini untuk makluman telahpun bermula sejak 22 Ogos lalu dengan perincian Pas MyTourist kepada warganegara RM15 (pas 1 hari), RM20 (pas 2 hari) dan RM25 (pas 3 hari). Sementara Pas MyTourist untuk pelancong bukan warganegara pula adalah RM35 (pas 1 hari), RM50 (pas 2 hari) dan RM65 (pas 3 hari).

Bersama penawaran itu, semua pelancong kini boleh laksana perjalanan tanpa tanpa had di semua rangkaian Rapid KL merangkumi tren, Bas Rapid Trasit (BRT), Laluan Sunway, bas Rapid KL, bas pengantara MRT dan van Rapid KL On-Demand di Lembah Klang.
Tidak sekadar itu, menerusi pembelian Pas MyTourist ini para pengguna juga boleh meraih faedah tambahan di lokasi tarikan pelancong terpilih seperti potongan harga di restauran, kafe dan pusat membeli-belah. Untuk ketahui la kut akan penawaran ini, semua pelancong boleh hadir ke kaunter Rapid KL berdekatan atau layari laman rasmi dan muat turun aplikasi MyRapid Pulse.