Jika sebelum ini, akses imbasan kod QR pada aplikasi TNG eWallet sekadar tertakluk pada keperluan pembayaran semata – kini ciri kemudahan tersebut telah dinaiktaraf dengan membolehkan pengguna untuk mengimbas semua kod QR.
Ini bermakna akses imbasan kod QR di TNG eWallet tidak lagi terhad kepada transaksi pembayaran sahaja.
Di mana para pengguna boleh mengimbas pelbagai kod QR untuk mengakses sebarang keperluan seperti pautan ke laman rasmi, pembelian tiket, akses kepada fail tertentu mahupun sebarang pautan berkaitan.
Adanya penambahbaikan akses ini ia sekaligus membantu pengguna yang tidak sekadar bergantung kepada sokongan imbasan di bahagian kamera telefon ataupun aplikasi imbasan tambahan – kini semua pengguna boleh guna TNG eWallet sebagai alat alternatif imbasan kod QR.