Artikel

Malaysia Mampu Jana RM38 Juta Setahun – Hasil Kutipan SST Ke Atas Buah Import

Hasil penguatkuasaan pelarasan, perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 Julai lalu – kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) optimis, tindakan ini berupaya memberi nilai tambah kepada hasil negara. Antaranya pengenaan SST ke atas buah-buahan import berpotensi jana hasil tambahan RM38 juta setahun bermula 2026.

Langkah ini menurut notis MOF pada laman Parlimen – bagaimanapun telah mengecualikan buah import terpilih seperti epal, oren, kurma dan limau mandarin. Perihal ini diambil susulan permintaan ke atas buah tersebut adalah tinggi dan memenuhi aspek khasiat kalangan kebanyakkan penduduk negara.

Biarpun pengecualian dilaksanakan, tindakan itu tidak menjejaskan matlamat negara untuk mengukuhkan dan mempromosikan industri buah tempatan Malaysia. Berdasarkan sasaran menyeluruh, Malaysia mampu menjana pertambahan hasil sebanyak RM10 bilion setahun bermula 2026 kelak – hasil tindakan perluasan SST ini.