Artikel

Cashku Raih Suntikan Dana RM10 Juta – Pada Pusingan Pelaburan Baharu

Selepas menjadi antara 3 pemula tempatan yang meneraju TeXnovasi bersama GxbankCashku kini meraih perkembangan baharu apabila menerima pelaburan strategik sebanyak RM10 juta ($2.4 juta). 

Pelaburan menerusi dana pusingan strategik ini menurut laporan e.27, merangkumi penyertaan firma pelaburan 1337, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz iaitu mantan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan beberapa pihak ekuiti swasta berpengalaman dari United Kingdom.

Dengan perolehan dana itu, diperincikan akan diguna untuk meluaskan perkhidmatan kewangan digital operasi di pasaran Malaysia. Tidak hanya itu menerusi modal yang sama – syarikat juga memiliki sasaran untuk meluaskan jejak pasaran dan meningkatkan pembangunan platform.

Buat pengetahuan umum, Cashku adalah pemula tempatan yang menyediakan khidmat nasihat kewangan digital – dengan melaraskan matlamat kewangan dan melaksanakan pelan kewangan pada satu medium bersepadu. Dengan akses perkhidmatan ini, ia membolehkan pengguna menyatukan portfolio unit amanah, dana terurus dan pelan persaraan mereka di satu platform.