Sekiranya pada pasaran semasa memperlihatkan Sistem Persijilan Kemahiran di Malaysia hanya pada tahap 1 sehingga 5 – kelak kerajaan memiliki perancangan untuk meluaskan gred tersebut kepada tahap pensijilan kemahiran 6,7 dan 8 bagi meningkatkan kebolehpasaran buat pekerja negara.
Jelas Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) usaha itu akan direalisasikan melalui pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006.
Perluasan tahap sijil kemahiran ini menurut laporan dilihat tidak sekadar meningkatkan kebolehpasaran mahupun meningkatkan pengiktirafan kemahiran kalangan pemain TVET tetapi turut menangani isu ketidaksepadanan kemahiran yang berlaku dalam industri Malaysia. Langkah ini akan menutup jurang tersebut dan berupaya menjamin tenaga kerja kemahiran di Malaysia kekal relevan dan penuhi permintaan ekonomi semasa.