Berbanding bulan sebelumnya, paras inflasi Malaysia pada Julai 2025 – kini perlihat sedikit peningkatan 1.2% susulan dipacu kadar inflasi kumpulan insurans dan perkhidmatan kewangan yang meningkat kepada 5.5% pada pasaran semasa.
Namun berdasarkan data Jabatan Perangkaan (DOSM) ini kos di bawah kategori makanan pula memperlihatkan penurunan pada kos makanan di luar rumah berlaku kepada 4.3% berbanding 4.7% pada bulan Jun 2025. Lebih menarik kos makanan di rumah kekal lebih murah berikutan kadar inflasinya terus menurun kepada -0.3%.
Keadaan ini sekaligus menunjukkan para pengguna Malaysia boleh meraih penjimatan pada tabiat makan di rumah berbanding berbelanja di pasaran.
Sementara taburan mengikut negeri pula jelas memperlihat terdapat 12 negeri merekodkan paras inflasi bawah paras kebangsaan (1.2%) dengan 4 negeri merekodkan pula meningkat lebihi paras tersebut iaitu dengan Johor (1.8%), Selangor (1.5%), Negeri Sembilan (1.4%) dan Melaka (1.3%).
Secara menyeluruh paras inflasi di Malaysia kekal terkawal dan lebih rendah berbanding sebilangan negara Asia yang lain seperti Vietnam (3.2%), Indonesia (2.4%) dan Korea (2.1%). Namun terdapat beberapa negara lain diperhatikan lebih rendah berbanding paras inflasi Malaysia seperti Thailand (-0.7%), Filipina (0.9%) dan China (0.0%).
