Artikel

AirBorneo, Syarikat Penerbangan Sarawak – Sedia Mula Operasi Januari 2026

Setelah melancarkan secara rasmi logo AirBorneo – syarikat penerbangan milik Sarawak ini optimis memulakan operasi mereka pada Januari 2026.

Bersama pengenalan slogan Borneo For You, mengikut laporan syarikat AirBorneo memaklumkan penawaran perkhidmatan akan disegerakan setelah proses peralihan MASwings dicapai pada akhir tahun ini. Jenama ini dijelaskan akan mengetengahkan warsan tempatan selaku identiti operasi -antaranya akan menggabungkan elemen warna dan motif Sarawak.

Menerusi ketersediaan kumpulan ini, perkhidmatan tersebut dijangka tidak sekadar meluaskan jejak khidmat penerbangan tetapi turut meningkatkan ketersambungan udara di rantau ini, terutamanya di Borneo dan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi serta pelancongan di Sarawak dan Sabah.