Artikel

Sarawak Akan Ganti Kedah – Jadi Negeri Jelapang Padi Utama Malaysia, Menjelang 2030

Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 sehingga 2025, Sarawak dijangka akan menggantikan Kedah selaku negeri jelapang padi utama Malaysia menjelang tahun 2030 kelak.

Komitmen ini akan direalisasikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menggariskan tumpuan 3 strategi utama iaitu pertingkatkan pengeluaran makanan, memantapkan keterjaminan bekalan makanan dan perkukuhkan rantaian bekalan makanan di Malaysia.

Matlamat ini menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Arthur Joseph Kurup akan melibatkan kos RM271.89 juta merangkumi tindakan naiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran.

Selain padi, kementerian turut memberi tumpuan pada tanaman strategik seperti jagung bijian, bawang dan kopi pada pasaran semasa. Usaha ini dilihat sejajar dengan matlamat negara untuk mencapai 30% pengeluaran jagung bijian tempatan menjelang 2040 dan bawang pula menjelang 2030.