Artikel

Kesan Kegagalan FashionValet – PAC Syor 4 Tindakan Tambahbaik Pelaburan Domestik Khazanah

Kesan pendekatan strategi omichannel yang berisiko tinggi, faktor itu dilihat antara punca menyebabkan kegagalan pelaburan Khazanah berlaku ke atas FashionValet di pasaran Malaysia.

Situasi ini jelas Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) pada sidang media hari ini, turut didorong akan faktor luaran disebabkan krisis COVID-19 pada tempoh itu dan perubahan tingkahlaku pengguna dalam aliran perbelanjaan di pasaran negara. Ia sekaligus membawa pencanggahan kepada mandat Khazanah Nasional yang bertindak menjana pulangan komersial.

Tidak hanya itu, Khazanah turut didapati tidak miliki Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung proses pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang melebihi had material tertentu. Untuk makluman umum, pada asasnya FashionValet menerima nilai pelaburan berjumlah RM27 juta dari Khazanah dan RM20 juta dari PNB.

Namun pada akhir 2023, Khazanah dan PNB telah menjual kepentingan mereka dalam FashionValet kepada NXBT Partner dengan nilai RM3.1 juta. Tindakan itu sekaligus menyebabkan kedua pihak berdepan kerugian RM43.9 juta hasil penjualan tersebut. 

Maka untuk pastikan situasi kerugian pelaburan ini tidak memberi kesan yang sama pada pasaran hadapan, PAC kini mengesyorkan 4 langkah penambahbikan kepada Khazanah Nasional untuk tindakan pelaburan domestik. Ini antara 4 cadangan tersebut:

  • Khazanah perlu secara proaktif dan berterusan mendidika orang ramai mengenaik strategi dan peluang pelaburan melalui modal teroka (VC) termasuk risiko tinggi model ini
  • Medium laporan tahunan, kenyataan media dan plaform komunikasi harus digunakan untuk menjelaskan rasional disebalik pendekatan portfolio dan jangkaan bahawa akan ada pelaburan yang gagal sebagai sebahagian daripada strategi untuk pacu inovasi negara
  • Khazanah perlu wujudkan SOP untuk laksana analisis pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang lebihi had material tertentu – menerusi tindakan itu, semua pihak akan ketahui punca kegagalan, kelemahan proses dan usul tambahbaik
  • Rangka kerja pengurusan risiko juga harus ditambahbaik – untuk memiliki jangkaan senario mendalam sekiranya berlaku kejutan pada pasaran bukan kewangan, malah prestasi pelaburan juga perlu diketengahkan tidak sekadar prestasi kewangan