Artikel

Bank Rakyat Masih Kekal Selaku Bank Koperasi, Tiada Rancangan Tukar Status Kepada Bank Komersial

Berikutan terdapat cadangan untuk menukar status Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) kepada bank komersial, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kini menjelaskan tiada sebarang perancangan ke arah tindakan tersebut. Pentadbiran menegaskan ketika ini Bank Rakyat masih kekal selaku bank koperasi. 

Tindakan perubahan itu menurut kementerian ketika sidang Parlimen hari ini, memerlukan beberapa peringkat kelulusan pada peralihan tersebut termasuklah persetujuan diperingkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta persetujuan antara setiap ahlinya. Ini kerana Bank Rakyat tertakluk kepada Akta Bank Negara di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

Secara menyeluruh Bank Rakyat ketika ini adalahantara koperasi terbesar di Malaysia dengan hasilnya 10% daripada keseluruhan koperasi di pasaran semasa.

Buat pengetahuan bank koperasi memiliki peranan yang lebih khusus berbanding bank komersial yang berorientasikan keuntungan pada skop entiti perniagaan. Sementara bank koperasi pula diwujudkan lebih tertumpu untuk penuhi keperluan kewangan ahlinya dengan tindakan keuntungan dijana, diagihkan dalam bentuk dividen.