Kesan tindakan penipuan urusniaga di pasaran hartanah Malaysia, ternyata situasi ini telah membawa kepada nilai kerugian berjumlah RM60 juta kepada pengguna semasa – memahami risiko tersebut, PropertyGuru hari ini secara rasminya melancarkan Lencana PropertyGuru Verified bagi membantu pengguna mengenalpasti profesional hartanah yang berlesen di bawah pasaran hartanah negara.

Pengenalan ciri itu pada sidang media pagi ini, tidak sekadar mengembalikan semula keyakinan pengguna Malaysia tetapi untuk meningkatkan semula tahap ketelusan pada amalan urusniaga dalam industri hartanah negara.
Lebih menarik, pengiktirafan lencana ini turut melibatkan sokongan secara bersama dengan badan penguatkuasa Polis Diraja Malaysia, Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA), dan Persatuan Institut Ejen Dan Konsultan Hartanah Malaysia (IMPAC). Penglibatan mereka menyerlahkan kepentingan kerjasama industri dalam memerangi penipuan, meningkatkan kesedaran awam, dan melindungi integriti pasaran hartanah Malaysia.
Secara menyeluruh, Lencana PropertyGuru Verified akan dipaparkan pada profil ejen atau perunding, penyenaraian hartanah, dan hasil carian akan memudahkan pencari hartanah berurusan dengan profesional yang sah.
