Artikel

AEON, AEON Credit Umum Bentuk Entiti Baharu – Mahu Selaraskan Ekosistem Keahlian, Data Merentasi Semua Perniagaan

Bertepatan dengan visi kumpulan menjadikan pelanggan titik permulaan jenama, AEON dan AEON Credit hari ini telah mencapai kesepakatan strategik dengan menubuhkan sebuah entiti baharu, AEON360 bagi memacu integrasi keahlian pelanggan, kepintaran data dan penglibatan digital merentasi ekosistem AEON di Malaysia.

Ini bermakan usahasama tersebut akan menyatukan pengurusan dan keahlian merentasi entiti di bawah AEON meliputi AEON, AEON BiG, AEON Credit dan AEON Bank.

Dengan tindakan itu, kebersamaan ini akan beri kelebihan kepada pelanggan dalam meraih pelbagai manfaat akses perkhidmatan sementara untuk rakan niaga Kumpulan pula akan miliki pendekatan perniagaan yang lebih luas susulan pertukaran data merentasi pelbagai segmen ini berupaya meningkatkan peluang komersial serta pemasaran di pasaran kelak.

Berdasarkan pengumuman rasmi pada sidang media petang ini, usahasama itu dijangka akan mula beroperasi pada suku keempat 2025 kelak, namun tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa dan ketersediaan kumpulan pada tempoh tersebut. Secara menyeluruh pengenalan AEON360 ini kelak akan memperlihatkan kepentingan 51% AEON Credit, manakala bakinya 49% pula dikelola AEON.