Bersama tahap kesuburan tanah yang bersesuaian, di samping hasil percubaan tanaman bawang dilihat membrangsangkan – negeri Kelantan kini dilihat miliki potensi untuk tampil selaku pengeluar utama bawang tempatan di Malaysia mulai tahun 2026.
Perihal ini didasari berikutan Projek Pembangunan Tanaman Bawang yang dilaksanakan di 3 negeri iaitu Selangor, Perak dan Kelantan. Dengan penyertaan 80 peserta dengan keluasan tanaman 94.85 hektar ini memperincikan 11 petani (40 hektar) di Selangor, 52 petani (26.85 hektar) di Kelantan dan 17 petani (28 hektar) di Perak.
Mengikut program itu, Kelantan telah melaksanakan tuaian pertama dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak 18.44 tan metrik dengan keluasan 4.6 hektar di Bachok. Di mana hasil tuaian tersebut merekodkan jumlah pengeluaran yang tinggi dengan 4 tan metrik per hektar. Melihat pada prestasi itu, ia sekaligus dapat menjadikan Kelantan antara negeri pengeluar utama bawang kelak.
Dengan peluang itu ia sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan import bawang negara sekitar 30% sebagaimana yang disasarkan negara menjelang tahun 2030.