Bagi merancakkan lagi manfaat teknologi pada pasaran semasa, Grab – penyedia seru-pandu serantau kini melaksanakan komitmen strategik bersama WeRide, penyedia teknologi pemanduan autonomi (AV) di peringkat global dengan tindakan pelaburan ekuiti bagi mempercepatkan penggunaan dan pengkomersialan robo-teksi di pasaran Asia Tenggara.
Perkongsian yang dijangka akan diselesaikan menjelang separuh pertama 2026 itu, akan perlihatkan peranan WeRide mengintegrasikan teknologi pemanduan autonominya pada ekosistem pengurusan, padanan kenderaan dan laluan di bawah perkhidmatan Grab.
Dengan kesepakatan ini, ia tidak hanya membuka ruang pada pasaran baharu tetapi sekaligus turut meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan menyediakan peluang ekonomi baharu kepada pasaran Asia Tenggara kelak bersama rakan pemandu.