Jika sebelum ini hanya porfolio pelaburan konvesional disediakan kini StashAway secara rasminya meluaskan medium pelaburan kepada pengguna dengan pengenalan portfolio pelaburan patuh syariah di pasaran Malaysia.
Dengan pengenalan itu, ia sekaligus akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur yang mecari pilihan medium sejajar dengan prinsip kewangan Islam. Tidak hanya itu, pengenalan ini turut selari dengan potensi pelaburan syariah yang dilihat semakin membrangsangkan pada pasaran semasa – ini meliputi tinjauan kadar pulangan pada portfolio syariah telah meningkat sehingga 14% dalam tempoh 5 tahun ini.

Sebagai perincian portfolio tambahan ini akan menggunakan rangka kerja pelaburan pintar iaitu Economic Regime-based Asset Allocation (ERAA) yang disesuaikan untuk melabur hanya dalam Dana Dagangan Bursa (ETF) patuh syariah yang tersedia. Di mana ia direka khas untuk patuhi prinsip Islam dengan dana pelaburan hanya dilaburkan pada aset-aset yang telah disaring dan disahkan mematuhi piawaian syariah seperti ekuiti, sukuk (bon Islam) dan emas.
Melalui pengenalan itu, ia sekaligus turut mengukuhkan komitmen StashAway untuk mendemokrasikan segmen pelaburan mereka dengan menjadikan ia mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kewangan.