Bagi memastikan penetapan caj perubatan dapat dikawal secara berkala, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pelaksanaan sistem bayaran berkaitan diagnosis (DRG) akan dilaksanakan secara menyeluruh mulai tahun 2027. Buat pengetahuan umum, sistem ini dijangka dapat membantu pengguna – dengan menetapkan harga bagi setiap kumpulan diagnosis penyakit tanpa melibatkan sebarang caj berdasarkan setiap perkhidmatan atau item yang digunakan.
Mengikut notis KKM pada portal Parlimen, berdasarkan status pelaksanaan tersebut, ketika ini pihak KKM bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam tindakan pembangunan sistem bersama penyelarasan dan latihan penetepan kod klinikal melibatkan hospital kerajaan dan swasta.
Setelah menyelesaikan fasa tersebut, tahun 2026 akan perlihatkan pembangunan alogritma DRG Kebangsaan bersama modul penetapan kos dan tindakan integrasi sistem. Lebih menarik pada tahun 2026 juga, KKM merancang perkenalkan pelaksanaan rintis DRG melalui pengenalan Insurans, Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas kepada orang awam. MHIT Asas ini akan bergunfsi selaku platform seragam untuk pastikan ketelusan, keberkesanan penggunaan sistem bayaran berasaskan DRG.
Maka selepas itu, tahun 2027 akan menjadi tahun menyeluruh pelancaran rasmi sistem DRG Kebangsaan dilaksanakan kepada semua pengguna di Malaysia.