Artikel

MAHB Sasar 12 Syarikat Penerbangan Baharu Beroperasi Di KLIA – Pada 2025

Selaras dengan matlamat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk jadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selaku hab utama rantau Asia Pasifik, kumpulan menjangkakan pertambahan sekitar 12 syarikat penerbangan antarabangsa dapat direalisasikan pada tahun ini. 

Setakat ini sebanyak 8 syarikat penerbangan antarabangsa telahpun mengesahkan kehadiran jenama pada laluan dari KLIA.

Melalui tindakan pertambahan syarikat penerbangan antarabangsa itu, ia tidak sekadar meningkatkan kapasiti penumpang di Malaysia bahkan turut membuka peluang kepada sektor penerbangan negara pada tindakan kerjasama dengan syarikat asing. Selain meningkatkan kapasiti tersebut, MAHB turut mengambil bahagian secara aktifnya pada acara Routes World dan Routes Asia bagi melipatgandakan jaringan antara industri.

Ketika ini untuk data 6 bulan pertama 2025, sejumlah 30 juta penumpang telah direkodkan. Angka ini jelas memperlihatkan peningkatan hampir 10% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu bersama faktor muatan mencapai sekitar 78%.