Dalam usaha memastikan Digital Nasional Berhad (DNB) kekal berdaya saing selaku penyedia utama rangkaian 5G Malaysia – kini dimaklumkan CelcomDigi, Maxis Berhad dan YTL Power International telah menyuntik dana RM116.7 juta di bawah langkah melanjutkan pendahuluan saham masing-masing.
Makluman firma penyelidikan TA Securities ini memperincikan tindakan itu berikutan kemunculan U Mobile selaku penyedia rangkaian 5G kedua negara dengan sasaran liputan sebanyak 80% menjelang separuh kedua 2026. Situasi itu dilihat berpotensi mengalihkan minat pengguna dan penyedia khidmat lain daripada DNB.
Maka keperluan sokongan dana tambahan ini dilihan akan membantu DNB mengukuhkan kedudukannya di pasaran semasa dan mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna selari dengan permintaan pasaran semasa. Berdasarkan suntikan semasa ini ia sekaligus telah menjadikan jumlah kumulatif tambahan setiap syarikat sekitar RM350 juta dan Kementerian Kewangan (MOF) pula sekitar RM750.3 juta setakat ini kepada DNB.
