Artikel

Proton Jangka Kilang EV Mula Operasi September Ini – Bersama Kapasiti Sehingga 45,000 Unit Setahun

Setelah lebih 6 bulan daripada acara pecah tanah – Proton Hodlings menyasarkan kilang kenderaan elektrik (EV) di Tanjung Malin bakal siap sepenuhnya dan mulakan pengeluaran sekitar September ini.

Berdasarkan rekod kemajuan semasa, ketika ini tahap pembinaan infrastruktur kilang EV Proton telah mencapai 90.4% sementara zon pemasangan peralatan ppulasi 83.5%. Keseluruhan fasa pembangunan sekaligus membawa kepada ketersediaan 86.9%. Tahap kemajuan ini dijelaskan menepati rangka penjadualan operasi di mana kelak akan perlihatkan pembangunan Proton e.MAS 7 dan seterusnya e.MAS 5.

Dengan pembangunan hab pengeluaran EV pertama negara ini, Proton pada laporan MalayMail turut berkongsikan hab ini akan meraih sokongan sistem digital seperti Manufacturing Execution System (MES) dan Warehouse Management System (MS) untuk membantu kumpulan meningkatkan kapasiti pengeluaran. Dan berlandaskan matlamat itu Proton optimis sehingga 45,000 unit setahun pengeluaran dapat dicapai kumpulan untuk penuhi permintaan domestik dan luar negara.