Jika sebelum ini akses perlindungan unit kediaman dan rumah pengguna boleh dicapai pada laman rasmi, Maybank kini menggandakan perluasan kemudahan tersebut dengan membolehkan pengguna meraih perkhidmatan insuran, takaful rumah hanya melalui aplikasi MAE.
Makluman ini bermakna, para pengguna Maybank boleh menguruskan perlindungan kediaman dan harta benda kediaman secara terus menerusi telefon pintar mereka pada bila-bila masa. Jelas notis Maybank ini, akses tersebut menawarkan dua perlindungan utama merangkumi perlindungan pemilik rumah seperti struktur fizikal rumah, bahagian simpanan seperti garaj dan pondok serta bahagian luar. Diikuti perlindungan isi rumah melibatkan barangan seperti perabot, peralatan elektrik dan harta benda seperti pakaian, barangan kemas dan hasil seni.
Melihat pada akses itu, ia tidak sekadar membolehkan pemilik rumah dan tuan tanah sahaja yang boleh meraih perlindungan. Tetapi ia turut terbuka kepada kumpulan penyewa yang memiliki harta benda pada kediaman yang disewa.
Selain perlindungan tersebut, aplikasi MAE turut menyediakan kemudahan perlindungan lain seperti kereta, motosikal, perjalanan, peribadi serta kesihatan kepada para pengguna. Untuk ketahui lanjut perihal ini, semua pengguna boleh memuat turun aplikasi atau layari kategori MAE pada laman rasmi Maybank.