Artikel

Malaysia Catat RM300 Juta Lebihan Akaun Semasa, Jadi Jumlah Terkecil Dalam 26 Tahun – Bank Negara

Suku kedua 2025 memperlihatkan lebihan akaun semasa Malaysia memaparkan rekod terkecil dalam tempoh 26 tahun pada pasaran Malaysia kepada RM0.3 bilion iaitu RM300,000,000 – di mana lebih rendah berbanding RM16.7 bilion pada suku yang sama tahun lalu.

Keadaan ini jelas Bank Negara Malaysia (BNM) pada makluman prestasi ekonomi Malaysia hari ini – apabila sesebuah negara berdepan imbangan akaun semasa yang lebih rendah ia bermakna aliran eksport barangan dan perkhidmatan serta tindakan penerimaan pendapatan masuk adalah lebih kecil berbanding jumlah aliran import.

Dan untuk Malaysia situasi ini berlaku kesan aliran pelaburan yang lebih rancak terutama pada tindakan mengimport mesin dan jentera.

Secara ringkasnya, negara tersebut membelanjakan lebih banyak mata wang asing berbanding apa yang diterimanya dari luar negara.

Akan tetapi semua pihak perlu fahami defisit akaun semasa tidak membawa erti prestasi yang lebih rendah. Ini kerana selaku negara membangun, adalah relevan untuk Malaysia tertumpu pada tindakan mengimport barangan dan perkhidmatan yang diperlukan pada sesebuah pelaburan. Tindakan itu berpotensi membawa kepada pertumbuhan eksport di masa hadapan.

Imbangan Akaun Semasa adalah satu daripada komponen utama dalam Imbangan Pembayaran sesebuah negara. Ia merupakan penyata yang merekodkan semua aliran wang bagi urus niaga yang melibatkan barang, perkhidmatan, pendapatan, dan pindahan semasa antara sebuah negara dengan negara-negara lain dalam tempoh masa tertentu, kebiasaannya dalam tempoh setahun.