Tempoh tahun 2015 sehingga Jun 2025, didapati jumlah kes rasuah di Malaysia terus memaparkan peningkatan secara berkala dan berdasarkan rekod semasa didapati kumpulan penjawat awam jadi sektor yang paling ramai terima rasuah dengan jumlah 2,965 kes manakala orang awam pula catat rekod tertinggi pada tindakan memberi rasuah dengan 1,061 kes.
Data Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini secara jelas memberi gambaran tahap penglibatan rasuah kalangan penjawat awam negara masih lagi tinggi dan perlu dipertingkatkan tahap kesedarannya pada pasaran semasa.
Langkah ini penting susulan sejajar dengan agenda Malaysia untuk capai kedudukan 25 negara teratas pada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia menjealng tahun 2033 kelak. Antara tumpuan utama yang ingin ditambahbaik kerajaan adalah melibatkan elemen tatakelola, integriti, dan prinsip anti rasuah bagi menamatkan aktiviti penyalagunaan kuasa, menentang campur tangan politik, menghentikan amalan kronisme, nepotisme dan tingkatkan tahap ketelusan di dalam pelbagai sektor.
Berdasarkan data yang dikongsikan tadi, ini perincian lanjut yang dilampirkan pada notis Parlimen:
