Artikel

Petronas Kekal Milik Persekutuan, Tiada Pertimbangan Agih 50% Saham Pemilikan Kepada Negeri Pengeluar

Rentetan terdapat usul pertimbangan agihan 50% pemilikan saham Petronas kepada negara pengeluar minyak dan gas, Putrajaya menjelaskan ketika ni kerajaan Persekutuan tidak miliki sebarang perancangan untuk tindakan tersebut dan pemilikan Petronas kekal di bawah pentadbiran negara. 

Selaku pemilik tunggal Petronas, status itu adalah selari di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] yang mengamanahkan pemunyaan petroleum dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif bagi meneroka, mengurus dan membangunkan sumber petroleum negara adalah diberi kepada Petronas.

Perincian yang yang dilampir Menteri Undang-Undang pada notis di portal Parlimen ini turut menjelaskan biarpun pemilikan Petronas kekal di bawah kerajaan Persekutuan namun pihak negara kekal komited dalam melaksanakan kerjasama strategik  bersama seluruh negeri.

Secara menyeluruh sejak penubuhan, Petronas telah menyumbang lebih RM1.5 trilion kepada negara setakat tahun 2024. Jumlah ini merangkumi dividen, bayaran tunai, cukai petroleum dan cukai korporat.