Hasil kerjasama yang dicapai Touch ‘n Go (TNG) dan Proton pada minggu ini, kelak setiap kereta model Proton X50 baharu dimaklumkan akan dilengkapi tag RFID TNG. Tindakan strategik itu sekaligus akan memudahkan pengguna dan membolehkan mereka mengaktifkan tag RFID secara terus setelah perolehi kereta Proton X50 di bilik pameran!
Setelah mencapai kesepakatan pada 24 Julai lalu, setakat ini sejumlah 2,000 unit Proton X50 baharu bersama akses tag RFID telahpun diserahkan kepada kumpulan pelanggan.

Dan melihat pada akses tersebut, kedua pihak akui terdapat potensi untuk perluasan tag RFID itu dilaksanakan ke atas model kenderaan Proton yang lain selain Proton X50 baharu.