Artikel

Hampir RM15 Bilion Telah Dikeluarkan Pencarum Dari Akaun 3 KWSP – MOF

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini tidak memiliki sebarang perancangan untuk benarkan 30% pindahan Akaun 1 pencarum dilakukan kepada Akaun 3 iaitu Akaun Fleksibel, bagi memenuhi keperluan tunai pada pasaran semasa.

Perihal ini jelas Kementerian Kewangan (MOF) pada notis lisan di portal Parlimen, adalah kerana Akaun 1 iaitu Akaun Persaraan hanya tertakluk untuk kegunaan di hari pencen kelak. Sekiranya tindakan tersebut dibenarkan, situasi ini akan memberi risiko kepada kumpulan pencarum KWSP pada tempoh persaraan mereka kelak.

Ini kerana setakat 30 Jun 2025, didapati seramai 4.63 juta pencarum KWSP di bawah usia 55 tahun telah melaksanakan pengeluaran berjumlah RM14.79 bilion. Dan ketika ini jumlah baki simpanan yang tersedia pada Akaun Fleksibel secara menyeluruh hanya sebanyak RM10.16 bilion.

Buat pengetahuan umum 4.63 juta pencarum KWSP ini mewakili 35.1% daripada jumlah 13.2 juta pencarum di bawah usia 55 tahun.