Biarpun paras hutang isi rumah di Malaysia melibatkan jumlah RM1.65 trilion dijelaskan adalah kekal diparas terkawal susulan kadar aset kewangan di negara lebih tinggi dengan jumlah RM3.45 trilion. Kementerian Kewangan (MOF) mengakui jumlah kumpulan muflis di negara terus memaparkan peningkatan, antaranya kalangan penjawat awam.
Berdasarkan data Jabatan Insolvensi yang dikongsikan pada sidang Parlimen pagi ini, sejak 2020 sehingga Jun 2025 didapati seramai 4,194 penjawat awam telah diklasifikasi bankrap kesan kegagalan memulihkan semula aliran pembayaran hutang mereka. Kebanyakkan kumpulan ini antaranya terkesan susulan tindakan pinjaman yang tinggi.
MOF menjelaskan jumlah penjawat muflis itu sebenarnya masih lagi rendah dengan mewakili 0.3% daripada 1.6 juta penjawat awam di Malaysia dan kini pihaknya giat melaksanakan sokongan kesedaran bagi mengakhiri status tersebut. Antaranya melibatkan sokongan Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan penstrukturan semula pembiayaan.
Secara menyeluruh, berdasarkan peratusan hutang di negara didapati pinjaman perumahan merekodkan kadar peratusan tertinggi dengan 61.1% daripada jumlah hutang pinjaman di Malaysia setakat Mac 2025.