Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini dalam tindakan perhalusi cadangan dan pindaan berkaitan Kajian Pasaran Eksosistem Ekonomi Digital di pasaran negara. Berlandaskan fasa itu, semua pihak kini digesa untuk tampil mengemukakan pandangan mereka bersama MyCC dengan mendaftar selewatnya pada 18 Ogos ini.
Jelas MyCC pada notis di laman rasminya, perkongsian konsultasi awam itu akan dilaksanakan pada 19 Ogos kelak, bagi meneliti perkembangan ekosistem digital semasa antaranya melibatkan pengendalian pada sistem pembayaran mudah alih, e-dagang, pengiklanan digital, agensi pelancongan atas talian serta isu perlindungan data.
Menerusi semakan secara bersama ini sekaligus akan membantu MyCC merangkumkan keperluan peraturan berdasarkan struktur pasaran dan persaingan semasa. Maka untuk tindakan itu, semua pemain industri kini digalakkan untuk sertai sesi konsultasi awam itu bagi merangka amalam persaingan yang sihat dalam eksoistem digital di Malaysia.