Bersempena ulang tahun ke-58 ASEAN, aplikasi AirAsia MOVE kini perkenalkan ciri Discover Asean iaitu sebuah laman mikro yang dibangunakan untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan pelancong di rantau ini.
Dengan kerjasama Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA), ciri ini tidak sekadar mengukuhkan hubungan pelancongan ASEAN bahkan turut meningkatkan penerapan digitalisasi pada penyaluran maklumat. Para pengguna boleh mengakses ciri Discover Asean ini melalui halaman utama aplikasi MOVE dengan hanya meleretkan ia pada kanan imej utama aplikasi dan selanjutnya tekan pada ikon Discover Asean dan ketahui perincian lanjut.
Pada laman itu, pengguna akan disediakan 4 kategori meliputi panduan perjalanan, keperluan dokumen perjalanan, keperluan pada kesihatan dan nasihat awam berkaitan isu semasa yang berlaku pada negara Asean yang akan dikunjungi. Kategori tersebut diperincikan bagi setiap negara melibatkan Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Lebih menarik, panduan perjalanan berkaitan keselamatan juga turut dilampirkan bagi memastikan setiap pelancong peka akan situasi yang berlaku ketika tempoh perjalanan mereka. Dan setelah memahami segala keperluan perjalanan, para pengguna boleh secara terus menempah tiket perjalanan mereka termasuklah menempah tempat penginapan di bawah satu aplikasi MOVE secara mudah.
Untuk ketahui perincian lanjut akan kemudahan ciri Discover Asean dan aplikasi MOVE ini – semua pihak boleh layari pautan Discover Asean ini untuk tindakan seterusnya.