Artikel

Kerajaan Kekal Benarkan Peniaga Mikro, Kecil Guna LPG Bersubsidi 

Pentadbiran Malaysia akan terus membenarkan perniagaan makanan dan minuman mikro serta kecil untuk terus menggunakan gas petroleum cecair bersubsidi – walaupun penggunaan tersebut melebih 42 kilogram sebulan.

Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) laporan sidang Parlimen hari ini pengiktirafan rasmi itu turut akan dilaksanakan bagi pindaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 2021 buat kumpulan perniagaan ini. Maka dengan langkah tersebut, tiada lagi isu berbangkit berkenaan beban ke atas peniaga kecil mahupun penjaja berkaitan manfaat subsidi LPG.

Selain usaha itu, kerajaan turut akan mewujudkan pendekatan kawalan berhubung penggunaan LPG Subsidi untuk elakksan isu ketirisan di pasaran semasa.