Artikel

Lencana Jalur Gemilang Telan Belanja RM8.4 Juta – KPM

Perolehan lencana Jalur Gemilang pada sektor pendidikan Malaysia ternyata melibatkan jumlah perbelanjaan sekitar RM8.4 juta untuk kerajaan Malaysia. Peruntukan ini untuk makluman, melibatkan edaran lencana kepada seramai 5.14 juta pelajar di seluruh negara – merangkumi pelajar skolah, kolej matrikulasi, kolej Tingkatan 6 dan isntitusi pendidikan guru (IPG).

Perkongsian data oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada notis lisan di portal Parlimen ini turut menjelaskan, setiap pelajar diberikan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma dan dana itu diagihkan meliputi pelbagai saluran kepada semua jabatan pendidikan negeri (JPN) dan institusi pendidikan pada Februari 2025.

Melalui pelaksanaan itu dan pemakaian lencana ini KPM optimis semangat patriotisme dapat dizahirkan, serta meningkatakn pengetahuan dan rasa cinta terhadap negara secara berkala.