Artikel

JPJ Tawar Siri Nombor Plat Khas ‘SIS’ – Sempena Hari Keputeraan, Pemerintahan Ke-25 Sultan Selangor

Bersempena Hari Keputeraan Ke-80 dan sambutan 25 tahun pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memaklumkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri SIS akan mula ditawarkan kepada orang awam pada 15 Ogos 2025 ini. 

Tanda plat khas yang membawa akronim Sultan Selangor ini boleh dibida secara atas talian melalu Sistem JPJeBid. Jelas JPJ penawaran itu akan dibuka pada 15 Ogos dan ditutup pada 19 Ogos 2025.

Di mana segala pelarasan harga bidaan adalah tertakluk kepada harga minima yang ditetapkan JPJ. Lebih menarik, sebahagian daripada jualan NPI ini akan disalurkan ke yayasan di bawah naungan DYMM Sultan Selangor, dan digunakan untuk tujuan aktiviti kebajikan seperti biasiswa dan dana kecemasan untuk membantu kumpulan yang memerlukan.