Artikel

GXBank Mahu Perluas Jaringan Akses – Kepada Pengguna Kalangan Kurang Mendapat Khidmat, Ekonomi Gig

Sejak dilancarkan pada akhir November 2023, GXBank selaku bank digital pertama yang tersedia di pasaran Malaysia kini dilihat mahu meluaskan lebih banyak jaringan akses perkhidmatan mereka kepada pengguna negara. Komitmen itu khususnya tertumpu kepada sekitar 60% daripada asas pelanggan mereka adalah kalangan kumpulan yang kurang menerima perkhidmatan termasuklah individu pendapatan 40% ke bawah (B40) dan 10% daripada ekonomi gig.

Perluasan ini jelas GXBank pada laporan Bernama, akan melibatkan langkah fasa seterusnya penawaran khidmat GXBank dalam arena kewangan negara iaitu memberi tumpuan kepada pembiayaan ekonomi yang lebih produktif. 

Di mana pihaknya ketika ini sedang dalam fasa percubaan untuk melancarkan khidmat pembiayaan. Inisiatif itu dijelaskan akan dimulakan dengan pemilik tunggal dan peniaga mikro dalam ekosistem Grab menerusi program beta tertutup. Dengan fasa rintis ini, segala perolehan data bersama peniaga terpilih, akan digunakan untuk memperhalusi tawaran bank sebelum ia dipertingkatkan lagi dan dibuka kepada tawaran peniaga mikro umum.