Artikel

Kadar Pengangguran Kekal 3.0% – Bilangan Penganggur Di Malaysia Terus Menurun Kini 518,700 Individu

Pasaran pekerjaan di Malaysia terus perlihatkan perkembangan yang positif apabila jumlah penduduk bekerja kini meningkat kepada 16.92 juta orang dengan kadar pengangguran pula kekal di paras 3.0% kepada 518,700 orang pada Jun 2025. 

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini secara amnya menunjukkan kestabilan pasaran buruh di Malaysia telah mencapai rekod yang membrangsangkan dengan kadar pengangguran kekal selama 3 bulan berturutan sejak April lalu. Antara sektor yang menyumbang pada peningkatan tenaga kerja itu adalah sektor Perkhidmatan merangkumi bahagian peruncitan, penginapan, makanan dan minuman serta maklumat dan komunikasi. Selain itu, penambahan tenaga kerja turut diperlihat pada sektor Pembuatan, Pembianaan , Perlombongan dan Pengkuarian serta Pertanian.

Berdasarkan taburan data, didapati kategori pekerja terus kekal sebagai segmen terbesar pada segmen guna tenaga di Malaysia dengan 12.68 juta berstatus pekerja (75%), diikuti kategori bekerja sendiri seramai 3.19 juta orang (18.9%), pekerja keluarga tanpa gaji seramai 464,900 orang (2.7%) dan seramai 564,400 pula berstatus majikan (3.3%).