Para pemegang Kad Debit CIMB kini dimaklumkan untuk bersedia akan sebarang gangguan pada aliran transaksi bulan ini. Peringatan ini berikutan Sistem MyDebit CIMB akan alami gangguan bagi tindakan penyelenggaraan berjadual pihak perbankan.
Tempoh gangguan ini jelas CIMB akan berlaku pada 16 Ogos 2025 dan 17 Ogos 2025 ini. Di mana sistem akan terjejas bermula jam 12.01 pagi sehingga jam 8 pagi untuk 16 Ogos manakala sehingga jam 5 pagi pula pada 17 Ogos kelak.
Menerusi notis ini, semua pengguna CIMB diharap lebih peka dan mengambil langkah alternatif untuk menguruskan transaksi anda dengan lebih awal bagi mengelak sebarang kesulitan. Pada perincian lanjut, semua pengguna boleh hubungi CIMB atau layari laman rasmi perbankan bagi pemahaman yang lebih lanjut.
