Bersama peruntukan sebanyak RM2 bilion, seramai 8.6 juta rakyat Malaysia dimaklumkan akan menerima pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mulai 12 Ogos 2025 ini.
Pembayaran ini menurut notis MOF hari ini, memaparkan peningkatan seramai 300,00 penerima daripada 8.3 juta penerima Fasa 1 pada Januari 2025. Peningkatan tersebut adalah hasil daripada komitmen pentadbiran dengan membuka permohonan baharu dan menyemak permohonan rayuan sepanjang tahun ini.
Dengan kelonggaran itu ia sekaligus meningkatkan kapasiti bantuan tunai dan menjadikan STR antara suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan dalam mendepani tekanan kos sara hidup semasa. Seperti yang diketahui umum, pembayaran STR ini akan disalurkan ke akaun bank yang dikemaskini atau pembayaran secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berfasa mengikut kategori masing-masing.
Ini perincian lanjut akan pengagihan STR mengikut status rakyat Malaysia:
