Artikel

Sarawak Sedia RM600 Juta – Beri Pendidikan Tinggi Percuma Bermula 2026

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Sarawak kini ke arah mengotakan matlamatkan mereka dengan mengumumkan peruntukan hampir RM600 juta bagi membolehkan pelajar negeri meraih pendidikan percuma pada pengajian di peringkat tinggi bermula tahun hadapan, 2026. 

Inisiatif ini mengikut laporan, tertakluk kepada 4 universiti milik kerajaan negeri dengan membabitkan 64 kursus ditawarkan. Ini meliputi bidang sepert Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), perubatan, kewangan, perakaunan dan perundangan.

Buat pengetahuan umum, 4 institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang terlibat adalah Universiti Teknologi Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS. Secara menyeluruh, seramai 25,000 pelajar Sarawak dijangka akan meraih manfaat inisiatif tersebut dengan peruntukan awal melibatkan RM300 juta sebelum alami penambahan pada tahun berikutnya.