Artikel

Belanjawan 2026 Akan Dibentang 10 Oktober 2025 Ini – MOF Seru Rakyat Kongsi Cadangan

Sebagaimana yang dijadualkan pada Takwim Parlimen bahawa Belanjawan 2026 akan dibentang 10 Oktober 2025 iniKementerian Kewangan (MOF) kini menyeru rakyat untuk berkongsikan cadangan berhubung sasaran hala tuju pembangunan negara pada medium kotak usul yang telah dibuka sehingga 3 Oktober kelak.

Menerusi medium perkongsian cadangan ini, secara langsung membuka peluang kepada semua pihak untuk melontarkan pandangan dan cadangan bersama pentadbiran semasa. Adanya usul tersebut sekaligus akan membantu negara laksana semak dan imbang berhubung keperluan ekonomi semasa.

Oleh itu semua pihak boleh layari Cadangan Belanjawan 2026,  di mana terdapat 3 teras utama akan dipaparkan kepada penduduk Malaysia dengan setiap kategori diberi pilihan untuk memilih 5 keutamaan yang wajar diberi tumpuan negara pada bajet 2026. Ini antaranya:

Teras 1 – Menaikkan Siling dengan galakkan daya saing dan pelaburan

  • Pelaburan strategik domestik seperti sektor HGHV
  • Pembangunan usahawan dan industri tumpuan
  • Pembiayaan perniagaan
  • Pengantarabangsa ekonomi negara
  • Galakkan pelaburan pada STEM
  • Perkasakan pasaran dan peluang pekerjaan
  • Inisiatif hijau dan tenaga boleh baharu
  • Adaptasi AI dan digitalisasi

Teras 2 – Menaikkan Lantai iaitu keutamaan meningkatkan taraf hidup rakyat dan perlindungan sosial

  • Tangani beban kos sara hidup
  • Keadilan sosial dan kesaksamaan peluang
  • Pengangkutan awam
  • Cabaran sosial dan perkasa komuniti
  • Infrastruktur awam – akses jalan raya, bekalan elektrik, air dan jaringan internet
  • Reformasi kesihaan
  • Pendidikan dan kemahiran
  • Kebajikan golongan terjejas
  • Perlindungan sosial
  • Keterjaminan makanan
  • Keselamatan dan ketenteraman awam
  • STEM
  • Perkasa pasaran dan peluang pekerjaan
  • Insiatif hijau dan tenaga boleh baharu
  • Adaptasi AI dan digital

Teras 3 – Tatakelola Pentadbiran

  • Tingkatkan akses rakyat kepada khidmat awam
  • Pembaharuan fiskal – kecekapan perbelanjaan dan kemampanan hasil kerajaan
  • Tambahbaik penyampaian perkhidmatan awam
  • STEM
  • Perkasa pasaran dan peluang pekerjaan
  • Insiatif hijau dan tenaga boleh baharu
  • Adaptasi AI dan digital