Bersama gagasan negara untuk mencapai tahap kebersihan awam yang baik, Malaysia kelak akan menggunakan lori sampah elektrik (EV) pada pasaran negara. Untuk peringkat awal, langkah ini dijangka akan diterapkan pada destinasi pelancongan utama seperti di Kuala Lumpur.
Langkah ini pada laporan akan membantu memodenkan kerja pembersihan awam dan mengurangkan jejak pelepasan karbon sebagaimana yang digariskan pada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2035.
Inisiatif ini menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dikendali di bawah Perbadanan Pengurusan Sisas Pepejal dan Pembersihan Awam negara termasuklah melaksanakan syif pembersihan waktu malam bagi mengelak sebarang gangguan lalu lintas pada waktu siang. Tidak hanya pembersihan mendalam turut akan dilaksanakan untuk memastikan laluan jalan raya terlibat bebas habuk.
Setakat ini antara fokus utama laluan yang akan melaksanakan inisiatif tersebut adalah seperti Jalan Bukit Bintang dan Jalan Alor. Ujian rintis ini dilihat bertepatan dengan persediaan negara ke arah melaksanakan Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak.