Setelah memberi makluman awal, MyRapid kini memaklumkan terdapat perubahan pada pelaksanaan penyelenggaraan yang sepatutnya dijalankan pada 9 Ogos ini diubah ke tarikh baharu iaitu bermula 6 September 2025 sehingga 30 November.
Secara mudahnya pada setiap hujung minggu dalam tempoh tersebut, operasi 27 stesen yang terlibat akan bermula jam 9 pagi berbanding 6 pagi pada kebiasaaanya jadualnya.
Ini bermakna buat pengguna LRT Kelana Jaya yang kekal bekerja ketika hujung minggu, ataupun miliki sebarang perancangan pada masa tersebut – dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda susulan operasi khidmat tersebut berlangsung dengan lebih lewat.
Berdasarkan perincian MyRapid – tindakan penyelenggaraan ini akan melibatkan tindakan naiktaraf fasa kedua pada sistem SelTrac Generation 8 , yang berperanan sedia analitis masa nyata, tahap keselamatan siber yang lebih baik dan aliran komunikasi yang lebih stabil. Sistem baharu ini dijangka memanjangkan jangka hayat sistem semboyan sedia ada sehingga 20 tahun.
Pada fasa kedua ini (6 September-12 Oktober) dimaklumkan 10 stesen yang terlibat adalah dari Gombak ke KLCC, diikuti fasa ketiga pula (1 November – 30 November) melibatkan 17 stesen iaitu dari Lembah Klang ke Ampang Park.

Dengan kesulitan tersebut, akses bas dan van percuma telah disediakan pihak perkhidmatan untuk membantu para pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.