Artikel

KAF Digital Bank Boleh Mula Diakses 8 Ogos Ini – Jadi Bank Digital Patuh Syariah Kedua Di Malaysia

Bermula 8 Ogos ini, satu lagi bank digital di Malaysia akan memulakan operasinya secara rasmi di pasaran iaitu KAF Digital Bank – menjadi bank digital patuh syariah kedua di Malaysia. 

Akses ini dicapai setelah kumpulan berjaya menyelesaikan fasa rintis mereka dengan menguji sistem aplikasi, protokol keselamatan dan pengalaman pengguna bersama kumpulan terpilih. Bagi peringkat awal, KAF Digital Bank akan menyediakan ciri akses seperti akaun simpanan bersama kad debit maya dan beberapa ciri pembayaran lain.

Untuk makluman umum, KAF Digital Bank adalah diterajui KAF Investment Bank yang melibatkan konsortium Carsome, Jirnexu, MoneyMatch dan StoreHub. Maka untuk tindakan lanjut, semua pengguna kini boleh memuat turun aplikasi tersebut pada Apple App Store dan Google Play Store.