Tatkala transaksi Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) memaparkan peningkatan di pasaran Malaysia, yang sekaligus mencerminkan lebih ramai pengguna negara berbelanja – namun tingkahlaku ini turut menunjukkan lonjakan tunggakan hutang. Setakat Jun 2025, terdapat 168,967 pemegang akaun BNPL miliki baki tertunggak libatkan RM121.8 juta.
Jumlah ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Parlimen pagi ini, ia mewakili 3.2% daripada baki keseluruhan pinjaman BNPL di pasaran Malaysia.
Berdasarkan rekod itu, MOF akan terus menambahbaik risiko keberhutangan berlebihan di Malaysia dengan mengiatkan tindakan pemantauan bersama jawatankuasa kredit pengguna dan kelak pengawalseliaan di bawah Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP).
Secara menyeluruh ketika ini dinamik penggunaan BNPL masih diperingkat baik dengan 88% pengguna melaksanakan pembayaran tepat pada masanya dan sekitar 12% pula membuat pembayaran lewat tetapi penuh, diikuti kurang 0.5% pula tidak dapat membayar sepenuhnya.